Saturday

PETUA IMAM SYAFIE

Aku da baca ni bekali2..jadi tiba-tiba rasa nak postkan..harap aku dan yang lain dpt manfaatnyer k..=)

Empat perkara menguatkan badan:
  • makan daging
  • memakai haruman
  • kerap mandi
  • berpakaian dari kapas
Empat perkara yang melemahkan badan:
  • banyak berkelamin (bersetubuh)
  • selalu cemas
  • banyak minum air ketika makan
  • banyak makan bahan yang masam
Empat perkara yang menajamkan mata:
  • duduk mengadap kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang yang hijau
  • berpakaian bersih
Empat perkara yang merosakan mata:
  • mamandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat
Empat perkara yang meajamkan fikiran:
  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi (gosok gigi)
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulama
Empat cara tidur:
  • Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  • Tidur para ulama' & ahli ibadah
Mengiring ke sebelah kanan utk memudahkan terjaga untuk solat malam.
  • Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri utk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  • Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

No comments:

Post a Comment

sebuah label: