Saturday

andai doamu belum dimakbulkan..

Seorang insan berdoa kepada ALLAH agar diberikan bunga dan rama-rama.
Namun ALLAH memberikannya kaktus dan ulat.
Insan itu sangat sedih.
Dia tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.
Kemudia dia berfikir,
ALLAH mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas suatu tempoh,
Insan ini memikirkan semula permohonan doanya yg telah lama dilupakannya.
Insan ini amat terperanjat apabila melihat dari kerusi yang tinggi
pokok kaktus yg hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.
Dan daripada ulat yg terselindung,
telah bertukar menjadi rama-rama yg sangat cantik..

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.
Cara ALLAH sentiasa cara yg terbaik walaupun pada kita kelihatan semuanya salah.
Jika kamu memohon sesuatu lalu menerima yg lain drpd ALLAH,
Percayalah,
pastinya ALLAH sentiasa menghulurkan apa yg dipinta pada masa yg sesuai.

Apa yg kite pinta tidak semestinya apa yg kita perlukan.
ALLAH tidak pernah gagal memenuhi permintaan.
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok.
Semoga Allah merahmati kita semua.
ALLAH mengurniakan pilihan terbaik kpd mereka yg menyerahkan ketentuan kepada-Nya.
Oleh itu, sentiaselah bersangke baik dgn ALLAH. Kite merancang, ALLAH juge merancang. Tetapi rancangan ALLAH itulah sebaik-baik rancangan krn Dia lebih tahu dan faham siape kite..

No comments:

Post a Comment

sebuah label:

Powered By Blogger